First Lady atau me first.
Patut pun dikalangan Ahli Sunnah Wal Gerombolan, takut bini tu normal.
Depan rakyat bukan main hero.
Dahi licin mesti sapu.
Tapi bila bini kol, silap-silap terlepas Bikmamaberry.
Kalau anak bini lapar, kesian yang sepatutnya ke perut rakyat.
Kalau anak bini kuat makan?
Mampus.
Kalau penakut, macam mana engkau mahu perjuangkan anak cucu ku?
Kami mati berjuang di depan, engkau peluk bini dibelakang.
Wahai pencacai, sedarlah kamu.
Kamu akan dijual seperti unta.
Unta lebih pintar daripada kamu.
Rosmah, isteri PM paling kontroversial?
oleh Nazli Ibrahim, Freemalaysiatoday.com
PETALING JAYA: Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.